This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday 12 April 2015

Tanda-Tanda Darah Istihadhah


Definisi Menurut Bahasa ;
Istihadhah dibina atas wazan [استفعال], berasal daripada suku kata [حاض] yang bermaksud mengalir…..



Istilah

Darah yang keluar daripada faraj wanita bukan pada waktu keluarnya darah
haid atau nifas. Ia juga adalah darah yang keluar daripada faraj kanak-kanak
perempuan yang belum mencapai usia baligh atau wanita yang sudah
mencapai usia monopos. Sebahagian ulamak berpendapat, darah yang keluar
daripada faraj kanak-kanak perempuan yang belum baligh dan wanita yang
sudah monopos bukanlah darah istihadhah. Tetapi ia adalah darah fasad.
Hukumnya juga sama seperti darah istihadhah.

ANTARA DALIL-DALIL :

1. Hadis

Riwayat daripada Saidatina Aisyah R.A berkata: Fatimah binti Abi Hubaisy telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W : “Saya perempuan yang mengalami pendarahan di faraj, jadi saya tidak suci, perlukah saya meninggalkan solat? Rasulullah S.A.W menjawab: Tidak perlu. Itu adalah darah yang keluar dari sejenis urat dan ia bukan haid. Oleh itu, apabila tiba hari haidmu, tinggalkanlah solatmu. Apabila selesai haidmu, mandilah. Kemudian tunaikanlah solat”.

[Sahih Imam Bukhari, Kitab Wuduk, Bab Membasuh Darah, Jilid 1, m/s: 91, No: 226, Dar Ibn Kathir]
2. Ijmak Ulama

Ulamak sepakat mengatakan bahawa hukum perempuan yang beristihadhah dalam mengerjakan solat, puasa, i’tikaf, membaca dan menyentuh al-quran, sujud tilawah, sujud syukur dan ibadah-ibadah lain, sama seperti hukum perempuan yang suci daripada haid.



TEMPOH ISTIHADHAH

1. Kurang daripada tiga hari mengikut pendapat Abu Hanifah dan boleh lebih daripada tempoh Haid atau Nifas.

Riwayat Aisyah R.A menyatakan bahwa Ummu Habibah binti Jash, isteri kepada Abdur Rahman bin Auf telah mengalami Istihadhah selama tujuh tahun. Lalu beliau bertanya Rasulullah S.A.W tentangnya. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda itu bukan haid, tapi darah yang keluar dari sejenis urat. Hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat.

[Sahih Muslim, kitab Haid, bab perempuan beristihadhah, Jilid 1, m/s: 263, No: 334, Dar Ihya’ at-Turath al-A’rabiy]
TANDA-TANDA MENGENAL DARAH ISTIHADHAH

4.1 Melalui Tempoh Haid yang Teratur

4.1.1 Bagi perempuan yang tempoh haidnya tetap, apabila didatangi darah di luar tempoh haidnya, bererti darah itu adalah darah istihadhah walau apapun sifat darah tersebut. Tanda ini adalah tanda yang paling kuat.

4.1.2 Setengah ulama berpendapat, jika wanita itu mampu membezakan sifat darah, dia tidak perlu menggunakan cara ini sebagai tanda mengenal darah istihadhah.

4.1.3 Ada pendapat lain yang tidak menerima pakai cara ini sama sekali.

4.2 Sifat Darah

4.2.1 Darah istihadhah biasanya berwarna merah terang,lemah dan tidak berbau.
Adapaun darah haid berwarna merah kehitam-hitaman, pekat, panas dan
berbau.

4.2.2 Wanita yang haidnya tidak tetap, boleh menggunakan cara ini untuk
mengenal darah istihadhah.

4.2.3 Jika haidnya tetap, ulama berselisih pendapat tentangnya. Sebahagian
mereka menyatakan dia perlu mengikut seperti tanda di atas. Sebahagian yang
lain mengatakan memadai dengan dia mengikut tanda ini, iaitu sifat darah.

4.3 Tempoh Haid Kebanyakan Wanita

4.3.1 Bagi wanita yang tidak tetap haidnya dan tidak dapat membezakan sifat darah, boleh mengenali darah istihadhah dengan merujuk tempoh haid kebanyakan wanita.



HUKUM-HUKUM ISTIHADHAH

5.1 Solat, puasa, memegang mushaf dan lain-lain

5.1.1 Wanita yang mengalami Istihadhah, hukumnya adalah sama seperti wanita yang suci. Ini bermakna mereka wajib mengerjakan ibadah fardhu seperti solat, puasa, haji dan lain-lain.

5.2 Wuduk

5.2.1Ulama meletakkan beberapa garis panduan untuk berwuduk bagi wanita yang mengalami Istihadhah:

1. Bersihkan faraj. Kemudian memakai kain lapik (tuala wanita) jika didapati darah tersebut mengalir banyak. Bagi wanita yang mempunyai darah yang sedikit, memadai dengan hanya membersihkannya tanpa memakai lapik.

2. Selepas itu, hendaklah dia mengambil wuduk setiap kali masuknya waktu solat
fardhu.

Rasulluah S.A.W bersabda ketika menjelaskan tentang perempuan yang mengalami
istihadhah; “Dia (perempuan yang beristihadhah) tidak perlu mengerjakan solat
selama tempoh haid. Kemudian setelah tamat tempoh, hendaklah dia mandi dan
berwuduk setiap kali mengerjakan solat”.

[Sunan Tirmizi, Kitah Taharah, Bab Perempuan yang mengalami Istihadhah hanya berwuduk setiap
kali solat, jilid:1, m/s 220, no:126, Dar Ihya’ at-Turath al-A’rabiy ]
5.2.2 Menurut Mazhab Syafie, satu wuduk untuk satu solat fardhu sahaja. Tetapi wanita yang beristihadhah boleh mengerjakan lebih dari satu solat sunat dengan satu wuduk. Hal ini kerana bersuci bagi perempuan yang beristihadhah dianggap sebagai darurat. Oleh itu, ia hanya diperlukan ketika perlu sahaja iaitu satu wuduk bagi satu solat fardhu.

5.2.3 Setengah ulama tidak mewajibkan perempuan yang beristihadhah mengambil wuduk setiap kali masuk waktu solat fardhu. Memadai dengan wuduk yang pertama selagi tidak berhadas. Ini adalah pendapat Imam Malik. Hal ini kerana istihadhah menurut mereka membatalkan wuduk. Setengah mereka hanya mewajibkan wuduk sekali pada setiap waktu.

5.2.4 Sebahagian mereka berpendapat, wuduk itu wajib diperbaharui setiap kali masuk waktu solat fardhu. Tetapi perempuan yang beristihadhah boleh mengerjakan lebih daripada satu solat fardhu dengan satu wuduk. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah.

5.3 Mandi

5.3.1 Kebanyakan ulama berpendapat, sunat bagi perempuan yang beristihadhah mandi setiap kali masuk waktu solat. Hal ini kerana pada asalnya dia hanya diwajibkan mandi apabila darah haidnya kering. Mewajibkan mandi dengan sebab istihadhah memerlukan dalil yang mewajibkannya. Memandangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia wajib, maka ia kekal sebagai sunat.

5.4 Persetubuhan

5.4.1 Kebanyakan ulama berpendapat, wanita beristihadhah harus disetubuhi oleh suaminya. Hal ini kerana wanita tersebut wajib mendirikan solat, puasa dan ibadah- ibadah lain. Sedangkan kesemua ibadah tersebut disyaratkan mesti suci daripada haid. Jadi, dia juga boleh disetubuhi. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi.

5.4.2 Sebahagian mereka melarang suami daripada menyetubuhi isteri yang beristihadhah sehingga darah berhenti dan kering.

5.4.3 Sebahgian yang lain menganggap persetubuhan dalam tempoh istihadhah sebagai makruh.

5.4.4 Sebahagian lain berpendapat, harus bahkan wajib bagi suami menyetubuhi isterinya yang beristihadhah jika dia bimbang akan melakukan dosa jika tidak bersetubuh dengan isterinya.

5.4.5 Sebahagian lain mengharuskan suami bersetubuh dengan isteri yang beristihadhah jika panjang tempoh istihadhah tersebut. Adapun jika tempohnya singkat, dia tidak dibenarkan atau tidak digalakkan bersetubuh dengannya.

Wallahu A’lam



Disediakan oleh :
Rabiatul Adawiyah Samsudin
Timb. Pengerusi Felo Manhal PMRAM 2012

_____________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Al-Azhari, Tahzib al-Luhgah, Dar Turath al- A’rabiy
2. Imam an-Nawawi, Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi, Dar Turath al- A’rabiy
3. Imam an-Nawawi, Raudhah at-Tolibin, al-Maktab al-Islamiy
4. Imam an-Nawawi, al-Majmuk, Dar al-Fikr
5. Abdu an-Nabiy, Dustur al-Ulamak, Dar al-Kutub al-Ilmiah.
6. Imam Ibn Taimiyah, Majmuk al-Fatawa, Maktabah Ibn Taimiyah

next sumber

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan.

Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.

Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…
Selepas penemuan ini Dr. Fidelma O’leary memeluk Islam…

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf :
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah..
next sumber

Bingkisan 9 Kalimat Risalah An-Nur

Kalimat-Kalimat Kecil merupakan kitab karangan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi. Buku kecil ini menjadi salah satu dari siri Koleksi Risalah An-Nur, antara risalah-risalah hasil dari kalam dan penulisan Syeikh Badiuzzaman sendiri.

Syeikh Badiuzzaman Said Nursi berasal dari Turki, tempat yang pernah menjadi pusat pentadbiran kegemilangan khalifah Islam, iaitu zaman Khalifah Uthmaniyyah. Tempat ini juga pernah dikuasai oleh tentera Rum dan Rasulullah SAW sendiri menjanjikan bahawa kota ini akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Tempat ini jugalah yang menjadi tempat kejatuhan khalifah Islam apabila Mustafa Kamal At-tattur meletakkan jawatan sebagai khalifah, seterusnya, menggelapkan terus zaman khalifah Islam.

Risalah ini adalah salah satu daripada 600,000 risalah yang dikarang oleh beliau.Ianya membincangkan mengenai Sembilan Kalimat Kecil yang dijadikan sebagai penguat dirinya sendiri, disamping itu, penguat kepada penyebaran dakwah para pelajarnya. Ini kerana salah seorang dari pelajarnya telah meminta nasihat dari beliau. Lalu beliau memberikan Sembilan Kalimat ini kepada pelajarnya.

Kalimat-kalimat tersebut ialah:

Kalimat pertama: “بسم الله”

Kalimah ini merupakan kalimah pertama ketika awal kita memulakan setiap sesuatu.Kalimah yang bermaksud “Dengan nama Allah” ini mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat, dan berkahnya tidak akan pernah hilang selagi mana lafaz ini dituturkan oleh si pengembara di padang pasir dunia.

Kalimat Kedua: “بسم الله الرحمن الرحيم الذين يؤمنون بالغيب”

Kalimat ini diumpamakan seperti 2 orang pengembara yang bermusafir ke padang pasir. Seorang memiliki sikap yang pesimis, dan seorang lagi memiliki sikap yang positif. Apabila kedua-kedua keluar mengembara, seorang yang pesimis melihat padang pasir seolah-olah tidak elok dan suatu musibah dimatanya, begitu juga seorang yang positif melihat padang pasir suatu tempat yang sangat indah. Begitulah kita, umpama seorang pengembara, dan padang pasir itu seumpama dunia.

Kalimat Ketiga: “بسم الله الرحمن الرحيم يا ايها الناس اعبدوا ربكم”

Dua orang tentera yang melalui jalan yang berbeza. Di kanan memerlukan kekuatan fizikal, namun mentalnya tenang. Sebaliknya di kiri tidak mahu menanggung kekuatan fizikal, justeru itu di sepanjang perjalanan, dia dihantui perasaan khuatir kerana keengganan nyata. Dibimbangi ada musibah yang menimpa. Lalu di penghujung jalan, tentera yang melalui lorong kiri dihukum kerana tidak mahu mengikuti undang-undang ketenteraan. Begitulah kita sebagai hamba di bumi Allah SWT. Perlu ikut segala perintah yang Allah tetapkan, jangan enggan, nescaya hati kita akan tenang meskipun bebanan itu berat.

Kalimat Keempat: “بسم الله الرحمن الرحيم الصلاة عماد الدين”

‘Solat itu tiang agama’. Solat itu satu kelapangan besar kepadajiwa, hati dan akal. Solat tidak memerlukan pergerakan fizikal yang besar. Bahkan dengan niat yang baik, dan betul, seluruh amal yang dilakukan oleh orang yang solat akan menjadi satu ibadah untuk akhirat. Justeru, dia mampu menjadikan seluruh usianya sebagai modal untuk mencapai keuntungan akhirat. Bahkan dengan solat dia telah menjadikan usianya yang fana kekal abadi di akhirat.

Kalimat Kelima: “بسم الله الرحمن الرحيم ان الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون”

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. “Apakah engkau masih perlu bukti? Perhatikanlah binatang yang paling lemah dan bodoh seperti ulat-ulat dalam buah juga ikan-ikan di lautan. Mereka diberi Allah makanan dalam keadaan yang paling baik. Makhluk yang paling lemah dan sensitif seperti anak-anak haiwan memakan rezeki yang paling baik”. Surah An-Nahl 128

Kalimat Keenam: “بسم الله الرحمن الرحيم ان الله اشترى من المؤمنين انفسهم واموالهم بان لهم الجنة”

“Seluruh harta benda yang kita miliki suatu saat akan kita lepas dari kita, akan lenyap dan hilang. Adakah satu cara untuk membuatnya kekal abadi?” “Disaat manusia berkata begitu, tiba-tiba terdengar suara Al-Quran bergema di seluruh cakerawala melalui ayat di atas, “Ya, ada, malah ada satu cara yang bagus.” Pertanyaannya: “Apakah cara itu?” Jawapannya: Menjual amanah itu kepada pemilik asalnya.

Kalimat Ketujuh: “آمنت بالله واليوم الاخر”

Masih adakah tersisa pada orang yang dengan seluruh kelemahannya menyandarkan diri kepada penguasa alam yang memiliki perintah ‘kun fayakun’? Ketika menghadapi musibah yang paling menakutkan, dia mengucapkan ‘Innalillahiwainnailaihirojiun’, seraya bergantung sepenuhnya kepada Tuhan Maha Penyayang agar memberinya ketenangan hati.

Kalimat Kelapan: “”بسم الله الرحمن الرحيم الله لا اله الا هو الحى القيوم “

Allah, tiada ada tuhan yang yang berhak disembah melainkan Dia, yang hidup kekal, lagi terus-menerus mengurus makhluknya” surah Ali Imran, ayat 2.

Kalimat Kesembilan:”بسم الله الرحمن الرحيم فسبحان الله حين تمسون وحين تصبحون وله الحمد فى السموات والارض وعشيا وحين تصبحون وحين تظهرون “

Maka bertasbihlah kepada Allah ketika engkau di waktu petang dan engkau di waktu pagi. Dan baginyalah segala puji di langit dan di bumi serta di waktu kamu berada di petang hari, ketika kamu berada di waktu Zuhur” Perbincangan ini dirangkumkan kepada empat noktah utama, iaitu:

1) Makna Solat
2) Makna sebenar ibadat
3) Hasil yang diperolehi dari solat dan ibadat
4) Kepentingan masa

Inilah antara sembilan kalimat yang dibincangkan oleh Sheikh Badiuzzaman Said Nursi dengan pelbagai huraian yang sangat menarik dalam penulisannya.Semua huraian bagi setiap apa yang dibincangkan dalam risalah ini mengutarakan pelbagai contoh yang sangat menarik, seterusnya membawa para pembaca menyelami alam pembacaannya. Inilah yang menjadi pencetus kepada para pembaca untuk berfikir dan memahami Islam dengan cara kreatif sebagaimana yang dibawa oleh mujaddid ummah ini.

“JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”



SUMBER :
Madsarah Sayyidatina Aisyah
Unit Pengetahuan dan Penyelidikan
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
next sumber

Apakah Hukum Kahwin Pasangan Zina

Perkahwinan seumpama ini pada zaman sekarang, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, maka cepat- cepat dikahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama ustaz di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya:

Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tuan-tuan Imam, tuan-tuan Kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilahmengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama.

Titik perselisihan dikalangan para ulama bukanlah pada permasalahan perkahwinan antara penzina lelaki dengan penzina wanita tersebut. Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

Penjelasan Oleh Ustaz Zaharudin Dengan Lebih Meneliti Isu Semasa :

Jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini.

Kesimpulan Ustaz Zaharudin

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat.



HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala Jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu.
Titik perselisihan tersebut berlaku berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:

لا يحرم الحرام الحلال
Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.

Manakala permasalahan nasab bagi anak zina ????…

Adakah anak zina dinasabkan kepada lelaki yang melakukan penzinaan dengan wanita yang melahirkan anak zina tersebut?Terima kasih kepada yang bertanya berkenaan perkara ini.Mengikut pendapat para ulama,seperti yang disebutkan di dalam kitab Fatawa al-Islamiyah oleh Majlis Fatwa Ulama Mesir : Anak tersebut tidak akan dinasabkan kepada lelaki tersebut.Ini kerana anak tersebut tidaklah diiktiraf sebagai anaknya.Jika kita menasabkan anak tersebut kepada lelaki berkenaan maka seolah-olah kita telah mengiktiraf perbuatan kejinya tersebut.

Nasab seseorang tersebut hanya sah jika berlaku melalui perkahwinan yang sah.Ini adalah mengikut kepada pendapat kebanyakkan ulama di dalam mazhab Maliki,Syafie dan Hanbali.

Manakala mengikut pendapat sebahagian ulama bermazhab Hanafi rahimahumullah mengatakan bahawa jika anak tersebut lahir selepas 6 bulan perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut bolehlah dinasabkan kepada lelaki berkenaan(yang melakukan perbuatan keji tersebut). Tetapi jika bayi tersebut dilahirkan kurang daripada 6 bulan selepas perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut tidaklah dinasabkan kepada si lelaki tersebut.

Gambaran mudah di dalam memahami permasalahan yang disebutkan oleh para ulama bermazhab Hanafi ini ialah seperti berikut:

A telah melakukan perzinaan dengan B (na’uzubillah).Selepas 2 bulan ,dilakukan pemeriksaan doktor dan B didapati mengandung 2 bulan.Sebaik mendengar berita tersebut maka si A terus mengahwini si B tersebut.Selepas 7 bulan perkahwinan maka kandungan tersebut telah mencapai 9 bulan dan bayi tersebut dilahirkan.Maka mengikut pendapat para ulama bermazhab Hanafi bayi tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki terbabit.

Tetapi sebaiknya kita mengikut dan berpegang dengan pendapat kebanyakkan para ulama yang tidak meletakkan nasab bayi tersebut kepada lelaki berkenaan.Ini kerana,jika kita menggunakan pendapat yang kedua,bimbang akan berlaku penyalahgunaan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Saya cuma menyampaikan amanah ilmu.
KESIMPULAN

Setelah kita bahaskan dengan ringkas, maka jelaslah bahawa perkahwinan tersebut sah.Tiada masalah padanya. Saya berpandangan mungkin Imam tersebut bercampur permasalahan di antara perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita dan permasalahan perkahwinan penzina wanita dengan lelaki yang suci. Ini memerlukan pengkajian yang teliti.Islam adalah agama yang mudah dan memberikan rahmat kepada umatnya.Sayugialah bagi seorang alim untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab segala persoalan. Bimbang akan menyusahkan masyarakat.

Sebaiknya jika berlaku sebarang permasalahan perlu dirujuk kepada pihak berwajib yang berhak untuk menentukan perkara ini dengan sebaiknya.
Wallallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650
2. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.
3. Fatawa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8
4. Fatawa Syeikh Ali Jum’ah Jilid 1
5. Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili jilid 9 cetakan Darul Fikr
6. Fatawa Islamiyah oleh Darul Ifta’ Misriyyah jilid 2.
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
Usuluddin Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar
Ustaz Zaharudin Bin Abdul Rahman
Pensyarah kanan (UIAM)
PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom.
next sumber

Hukum Chatting Lelaki & Wanita

Diantara soalan-soalan yang selalu ditanya kepadaDarul Ifta Mesir : Apa hukum perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting )?…

JAWAPAN : Tidak harus atau haram hukumnya perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting ) kecuali pada had yang sangat diperlukan sahaja. Ini kerana perkara perbualan melalui internet ( Chatting ) membuka pintu kearah perbuatan sia-sia dan kejahatan, membuka pintu masuk bagi syaitan dan lubang fitnah dan kerosakan. Allah Taala telah memuji kaum mukminin atas sifat mereka yang memalingkan diri dari perkara sia-sia. Allah berfirman “ (kaum mukminin itu) mereka yang memalingkan diri perkara-perkara lagho(sia-sia)”(surah almukminun ayat 3)

Perbulan melalui internet ( Chatting ) dan tidak harus kerana telah terbukti khususnya pada zaman kita ini bahawa perbualan antara lelaki dan wanita bukan mahram melalui internet ini adalah jenis perbualan ( Chatting ) yang membawa kearah kejahatan serta sia-sia,salah satu dari pintu masuk syaitan (dalam menghasut kearah kejahatan seperti hasutan kearah zina dan sebagainya) dan membawa kearah fitnah dan kerosakan. Selain itu perkara ini turut membuang masa tanpa apa-apa faedah. Allah Taala telah melarang kita dari saling bantu-membantu dalam perkara dosa dan jahat seperti dalam firmannya di surah Al-Maidah ayat 2. Dan juga Allah telah memerintahkan supaya ditutup pintu-pintu yang menghala kearah fitnah seperti dalam firmannya dalam surah Al An’am ayat 108.

Begitu juga tidak sepatutnya seorang wanita menghantar gambarnya (melalui internet dan sebagainya) kepada orang-orang yang tidak dikenali sebagai memelihara dirinya dan kehormatannya. Sesungguhnya telah banyak berlaku penyalahgunaan terhadap gambar-gambar wanita dikalangan lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab dan ini adalah satu perkara yang menyalahi kehendak agama Islam.



Sumber :
(Darul Ifta’ Mesir)
www.dar-alifta.org / next

Apakah itu IKHTILAT ?

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.



HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?

Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)

Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
Dalam pembelajaran (Kelas)
Jual beli
Kerja kehakiman
Saksi
Amar maaruf nahi mungkar
Melayan tetamu
Dalam kenderaan awam
Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat

 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1-      Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat

1-      Niat

Kerana Allah
2-      Matlamat

Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan

Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat

Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap

Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat

Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai

Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat

Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat


“Wallahua’lam”



Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,
Sumber