Sunday 12 April 2015

Apakah itu IKHTILAT ?

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.



HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?

Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)

Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
Dalam pembelajaran (Kelas)
Jual beli
Kerja kehakiman
Saksi
Amar maaruf nahi mungkar
Melayan tetamu
Dalam kenderaan awam
Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat

 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1-      Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat

1-      Niat

Kerana Allah
2-      Matlamat

Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan

Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat

Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap

Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat

Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai

Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat

Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat


“Wallahua’lam”



Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,
Sumber

15 comments:

  1. Kalau di sekolah tu mcm mana pula? Itu pon di kira ikhtilat ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau dengan sepupu tinggal serumah mcm mna plk tu maksudnya yg tinggal sekali dgn kita..ddk dua keluarga dalam satu rumah

    ReplyDelete
  3. Kalau dengan sepupu tinggal serumah mcm mna plk tu maksudnya yg tinggal sekali dgn kita..ddk dua keluarga dalam satu rumah

    ReplyDelete
  4. Kalau dengan sepupu tinggal serumah mcm mna plk tu maksudnya yg tinggal sekali dgn kita..ddk dua keluarga dalam satu rumah

    ReplyDelete
  5. Kalau main game tak sesama jenis sma juga ke?

    ReplyDelete
  6. Klu kt sekolah pstu cg suruh buat kerja berkumpulan itu bermaksud ikhtilat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tapi diharuskqn sebab Ada hajat tapi kena patuh etika

      Delete
  7. Kalau mcm bincang tentang hal subjek agama mcm mana plak??

    ReplyDelete
  8. Kalau saya dan suami bercuti ,pastu bawak famly smua pastu adk adk bwk kwn laki .. bole x kami duduk satu homstay ? Bilik banyak..tq

    ReplyDelete
  9. Macam mana pula kalau saling membalas mesej yg tak penting?perempuan dng lelaki memang tak boleh berkawan ke?

    ReplyDelete
  10. macam mana pula kalau niat berkawan atau persahabatan dengan lelaki?

    ReplyDelete
  11. Perempuan dengan lelaki mmg tdk boleh ke berkwn..mmg iktilat tu penting but perlu ke smpai menyakiti. - tnye sbb nk kepastian-

    ReplyDelete